(:)Minyak kelapa tidak hanya berguna untuk keperluaan dapur sahaja. Sebaliknya, bahan semulajadi ini boleh memberi manfaatkan dalam ritual kecantikan kita. Pastikan anda menyediakan satu botol khas untuk minyak masak ini di bilik air dan gunakan secara rutin. Kulit bersih bersinar dijamin menjadi milik anda!
#Pelembab
- (:)Minyak masak atau minyak kelapa mengandungi anti bakteri jahat & anti kulat yang menyihatkan kulit kita. Jadi, anda boleh menggunakan minyak masak ini sebagai losyen. Lumur badan & wajah anda secukupnya dengan minyak masak ini, biarkan semalaman. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang cukup mengagumkan.
#Make Up Remover
- (:)Selepas ini, anda tidak perlu lagi membeli pembersih make up. cukup sekadar anda membersihkan wajah dengan minyak masak. Gosok perlahan2 permukaan kulit dengan kapas. Sisa2 mekap akan tertanggal bersih olehnya, bahkan solekan daripada bahan waterproof yang sukar dihilangkan pun boleh tanggal. Paling best, selamat tinggal mata panda di pagi hari! hehehe..
#Masker Rambut
- (:)Sesudu minyak masak yang masih belum digunakan untuk hujung2 rambut yang kering berkhasiat melembabkannya. Sapukan ke rambut & biarkan selama 10 minit. Tak jadi masalah jika anda membiarkannya semalamana pun kerana ia tidak akan merosakkan rambut anda.
#Peluruh Sel-Sel Kulit Mati
- (:)Campurkan gula merah dengan minyak masak tersebut dan gunakan sebagai lulur. Butiran halus daripada gula merah akan mengikis sel2 kulit mati, & bersama minyak masak, ramuan ini akan membuat kulit anda menjadi lebih lembab & bercahaya.
#Melembabkan Bibir
- (:)Tidak seperti kulit tubuh lainnya, bibir tidak memiliki kelenjar minyak. Jadi, sebab itulah ia mudah sekali kering, apatah lagi ketika cuaca panas terik & tubuh anda kurang terhidrasi. Untuk mengatasinya, sapukan minyak masak secukupnya untuk menjaga kelembaban bibir anda.
#Mengilatkan Kuku
- (:)Gosok dengan lembut kuku sehingga ke bahagian pangkal kuku dengan minyak masak. Gunakan untuk mengurut bahagian ini supaya kuku anda lebih relaks.
#Berendam
- (:)Ciptakan suasana yang menenangkan dengan menuangkan sesudu makan minyak masak ke dalam tab mandi. Selain rasa tenang, ia juga akan melembutkan kulit. Lebih2 lagi jika anda juga menggunakannya sebagai lulur. Gunakan air suam & biarkan ia bercampur sebati sebelum berendam.
Sekian sahaja yang sis dapat kongsikan..
Selamat mencuba uolsss.. Jangan lupa share tau.. hehehe..