Assalamualaikum guyss... kali ni sis nak share 1 resepi onion rings yang rangup & sedapppp...
Bahan-bahannya :
{1 pinggan untuk tiga orang}
- 1 biji bawang besar dipotong 1/4 inci
- 1 1/4 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 sudu garam
- secubit lada hitam
- sedikit kunyit sebagai pewarna
Cara-Cara penyedianya :
- Panaskan minyak terlebih dahulu di dalam kuali.
- Potong bawang satu besar dalam bentuk bulat. Kemudian ceraikan satu persatu.
- Di dalam mangkuk yang berasingan, gaulkan semua tepung bersama garam, lada hitam dan kunyit.
- Celupkan bawang secara kesuluruhan dan goreng di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas.
- Goreng satu persatu agar bawang tidak melekat antara satu sama lain.
- Toskan di atas tisu untuk menyerap lebihan minyak.
- Untuk lebih istimewa, boleh tambah bahan-bahan berikut:
- 1 biji telur
- 1 cawan susu
- 3/4 cawan breadcrumbs
- serbuk perasa
Nota : Serbuk breadcrumbs ditabur selepas bawang dicelup dengan adunan
Selamat mencuba uolsss..