Contact Us

Name

Email *

Message *

Cara-Cara Membuat Cucur Udang yang Rangup & Sedap

Cara-Cara Membuat Cucur Udang yang Rangup & Sedap


Bahan-Bahannya :
  • 500 gram udang kertas yang jenis kecil (buang kepala dan janggut)
  • 3 - 4 sudu tepung gandum
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 putih telur
  • 1 genggam taugeh - cuci dan toskan
  • 1 camca besar minyak masak
  • 1 cekak kucai - potong pendek
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1 camca teh serbuk "pasti sedap knorr" 
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng terendam
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit


Cara-cara Memasak Cucur Udang yang Rangup
  1. dalam satu bekas, masukan semua bahan kecuali minyak untuk menggoreng, air, dan garam. selepas itu gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi suatu adunan yang tidak cukup cair atau pekat. selepas tu tambah garam sedikit dan gaul rata. rehatkan sejenak.
  2. selanjutnya panaskan minyak terndam dalam kuali. selepas tu panaskan sudip leper dalam minyak, keluarkan sudip kemudian sudukan kurang lebih 1 1/2 camca besar bancuhan cucur udang atas sudip. ratakan biar leper.
  3. langsung celup dalam minyak panas dan biarkan mengeras sedikit. selepas tu tanggalkan dengan hujung pisau perlahan-lahan.
  4. goreng dengan minyak sederhana panas hingga rangup dan berwarna keemasan. lepas tu angkat dan toskan. lalu buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap.


P/S: sekali goreng cuma buat 5 keping dan agar lebih sedap hidangkan bersama sos cili... Mmmm Sedaaaaaaap.

Sekian sahaja yang sis dapat kongsikan..

Selamat mencuba uolsss.. Jangan lupa share tau.. hehehe..




Back To Top