Bahan-Bahannya :
- 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
- 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi bila nak lebih manis
- 3 sudu besar gula merah
- 4 sudu besar sagu
- 1.5 liter air - campur dengan santan pekat
- 100 ml santan pekat (anda boleh gunakan santan tin, kotak, atau segar)
- garam secubit
Cara-cara Memasak Bubur Jagung Bersagu yang Enak
- basuh sagu sekali & toskan tetapi ingat jangan direndam kemudian siapkan periuk & masukan santan pekat yang telah dicampur dengan air, jagung yang telah dihiris, dan secubit garam.
- masak di api sederhana sahaja & kacau sehingga mendidih
- selepas tu masukan gula pasir, sagu, & gula merah & kacau sehingga sagu bertukar menjadi jernih.
- akhir sekali, masak sehingga matang & siap untuk dihidangkan.
Sekian sahaja yang sis dapat kongsikan..
Selamat mencuba uolsss.. Jangan lupa share tau.. hehehe..