20 Petua Untuk Miliki Rumahtangga Harmoni
- Sentuhlah tangannya selalu.
- Ajaklah dia mandi bersama.
- Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.
- Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.
- Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.
- Tulislah nota cinta buat si dia.
- Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.
- Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.
- Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.
- Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.
- Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.
- Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.
- Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.
- Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.
- Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.
- Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.
- Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.
- Peluklah si dia sekerap mungkin.
- Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.
- Bimbing zuriat anda bersama-sama, zahirkan kasih sayang dengan telus dan sentiasa bersama dalam susah dan senang!
Daripada petua di atas, dapatlah kita ambil jadikan aktiviti yang dilakuan secara kolektif dan ikhlas. In sha Allah setiap pasangan akan berbahagia dengan izin Allah.
Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.