Assalamualaikum guyss.. kali ni sis nak share petua supaya anak kecil kita mudah untuk solat.. Jom baca petua di bawah...
PERTAMA : Selalu Solat Depan Anak
Ibu bapa adalah model terbaik dalam apa2 jua perkara pada mata anak2. Mereka akan menyerap dan meniru secara tidak langsung setiap apa yang lakukan ibu bapa mereka. Oleh itu gunakan kelebihan ini dalam mengajar anak kecil solat. Solatlah di tempat yang sentiasa dapat dilihat oleh anak. Contohnya ruang tamu. Selalunya anak-anak kecil akan meniru gaya kita solat. Itu adalah petanda yang bagus kerana mereka sudah berminat dan rasa ingin tahu tentang solat.
KEDUA : Ajak Anak Solat, Bukan Suruh..
Uolsss perlu mengajak anak uolsss solat berjemaah bersama-sama, bukan menyuruhnya bersolat sendirian. Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun untuk mengajak mereka bersolat. Walaupun anak baru berusia 2-3 tahun, ajak mereka supaya solat disebelah kita. Pada waktu ini, bakat meniru mereka sangat hebat.
Lakukan secara konsisten setiap masa untuk mengajak anak pada awal waktu. Dengan cara ini kita menanamkan mindset supaya mereka bersedia setiap kali masuk waktu solat. Jika anak-anak sudah bersekolah, ajak anak solat subuh bersama sebelum keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.
KETIGA : Minta laungkan Iqamah
Setiap kali solat berjamaah, minta anak untuk melaungkan iqamah. Mungkin mereka malu atau tidak tahu pada mulanya, tetapi bimbinglah mereka untuk melaungkan iqamah dengan betul. InsyaaAllah, ini bukan sahaja mengajar mereka untuk berasa yakin, malah akan membuatkan mereka timbul rasa tanggungjawab setiap kali solat. Kalau uolsss ada lebih dari seorang anak lelaki, uolsss boleh gilirkan tugas untuk melaungkan iqamah.
KEEMPAT : Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas
Kuatkan bacaan dalam solat supaya anak supaya mereka boleh dengar. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak ingat surah2 lazim yang sering uolsss bacakan. Anak juga akan memahami bagaimana sebenarnya tertib (langkah2) dalam solat dilakukan.
KELIMA : Bersalaman dan Peluk Lepas Solat
Penting untuk kita bersalaman dengan anak2 setelah selesai solat setiap kali. Bersalam yang diikuti dengan pelukan dan ciuman bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat memberi persepsi positif kepada anak bahawa solat ini sebenarnya salah satu aktiviti untuk berkasih sayang. InsyaaAllah ia akan membuatkan anak rasa gembira dan sentiasa menunggu waktu solat.
KEENAM : Beri Pujian Untuk Setiap Perkara Positif
Jika anak menunjukkan kelakuan yang baik seperti tekun dan tidak bermain2 masa solat, berikan mereka pujian. Juga berikan pujian yang sewajarnya jika mereka menunjukkan persediaan untuk solat seperti memakai telekung, memakai kopiah, menghamparkan sejadah & sebagainya.
Beritahu mereka cantik memakai telekung / kopiah dan uolsss bangga mendapat anak yang soleh seperti mereka. Dengan cara ini mereka akan rasa gembira dan semakin tekun untuk solat.
KETUJUH : Ajar Wuduk Langkah Demi Langkah
Kalau uolsss nak tahu.. sebenarnya, cara mendidik anak kecil solat adalah bermula dari wuduk. Jika wuduk sempurna, insyaaAllah solat juga akan sempurna. Ajarkan anak mengambil wuduk yang sempurna. Bimbing mereka secara langkah demi langkah. Tampalkan poster wuduk bergambar dalam bilik mereka.
Bersabarlah, mungkin perkara ini mengambil masa untuk dilakukan dengan sempurna oleh anak. Tetapi ia akan berbaloi jika mereka sudah pandai. Perhatikan juga setiap kali dia mengambil wuduk dan tegur secara terus jika mereka melakukan kesilapan. Dengan cara ini, setiap teguran akan kekal dalam kepala mereka.
Ingat!!! Jangan serahkan perkara ini kepada guru agama semata-mata.
KELAPAN : Tazkirah Santai Selepas Solat
Uolsss ambil sedikit masa selepas solat untuk memberi tazkirah kepada anak2.. Tidak perlu terlalu formal. Cukup dengan gaya bersahaja dan menyentuh perkara2 asas seperti rukun solat, soal jawab bacaan surah lazim, kisah nabi2 dan isu2 semasa. Pada waktu ini, jiwa anak2 adalah lebih tenang. Oleh itu ia adalah waktu terbaik untuk memberi pengajaran kerana mereka akan lebih mudah untuk menyerap.
KESEMBILAN : Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan
Uolsss ajarkan anak untuk menghormati azan. Apabila terdengar azan dilaungkan, berhenti bercakap dan beritahu anak supaya diam. Sebutkan cara menjawab azan dengan jelas supaya anak juga boleh dengar.
Selepas itu, baca bersama-sama dengan anak doa selepas azan. Sentiasa praktikkan ini tidak kira dimana jua sama ada di luar rumah atau di dalam kereta. Amalkan setiap kali mendengar azan.
Ini dapat memberi contoh kepada anak bagaimana untuk menghormati azan, dan secara tidak langsung mengajarkan anak membaca sendiri doa selepas azan. Jika berkesempatan, ceritakan kepada anak apa tujuan azan dan siapakah orang pertama yang melaungkan azan.
KESEPULUH :. Bawa Anak Ke Masjid
Adalah satu rahmat yang besar jika rumah uolsss berdekatan dengan masjid. Bawa anak2 ke masjid untuk solat berjamaah bersama2. Ini bertujuan mendedahkan mereka dengan suasana solat berjamaah dan menanamkan semangat cintakan masjid.
Jika sibuk, usahakan untuk mencari ruang masa sekurang2nya sekali seminggu untuk menghadiri masjid bersama anak2.. Mungkin anak2 akan bermain2 dan bising, tetapi salah satu kaedah mengawal anak adalah mengajak mereka solat disebelah.
Mungkin uolsss tidak dapat solat di saf hadapan, tetapi ada dapat mengawal tingkahlaku anak2 agar tidak mengganggu jamaah lain. InsyaAllah anak juga akan lebih tekun dan tidak mudah terganggu dengan kawan2 lain.
SEBELAS : Tegur Kesilapan Anak
Selepas sesi berdoa, biasanya ia adalah waktu yang sesuai untuk menegur kesilapan solat anak. Mulakan dengan pujian. Setiap kali ingin memperbetulkan sesuatu kesalahan, tarik perhatian anak dengan puji mereka.
Ia bukan sahaja mengekalkan fokus anak, malah ia adalah kaedah mendidik yang sangat setiap anak-anak. Jadikan setiap kali sesi solat medan untuk bermesra, bukan untuk tempat melepaskan kemarahan.
Ingat!!! mereka masih kecil. Jangan jadi ibu bapa pemarah.
DUABELAS : Belikan Telekung atau Kopiah yang Cantik
Salah satu cara untuk meningkatkan mood anak adalah membelikan mereka kelengkapan solat seperti sejadah, telekung dan kopiah. Lebih-lebih lagi jika telekung atau kopiah itu cantik.
Dalam bab itu, berikan kebebasan kepada anak untuk memilih apa yang dia berkenan.
“Wah! Cantiknya adik pakai telekung untuk solat.” Puji mereka agar mereka semakin bersemangat.
InsyaaAllah, jika anak-anak dilatih solat sejak kecil, mereka tidak akan berasa kekok untuk mengutamakan solat apabila semakin besar. Selamat mencuba petua di atas... Jangan lupa untuk share pada sahabat2 yang lain..