Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Kuih Gulung (Ketayap)

Resepi Kuih Gulung (Ketayap)


Bahan-bahannya ialah (kulit) – 20 biji

(**)300 gm tepung gandum
(**)1 biji telur
(**)1 cawan santan pekat
(**)3 cawan air
(**)Sedikit garam
(**)1 sudu besar pewarna daun pandan

Bahan-bahannya ialah (inti)

(**)250 gm kelapa parut
(**)3 keping gula Melaka
(**)1 helai daun pandan
(**)1 cawan air

Cara-caranya ialah

(**)Untuk inti, panaskan air di dalam periuk. Masukkan gula Melaka dan cairkan.
(**)Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan. Kacau hingga sekata.
(**)Untuk inti, boleh juga ganti gula Melaka dengan sirap dan gula untuk dapatkan inti berwarna merah.
(**)Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
(**)Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
(**)Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat. Biar sehingga masak. Terbalikkan (terlangkupkan) jika perlu.
(**)Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung. Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
(**)Siap untuk dihidangkan.


Back To Top