Contact Us

Name

Email *

Message *

PEMANDU TEKSI MOGOK NETIZEN TAIP PADAN MUKA

PEMANDU TEKSI MOGOK NETIZEN TAIP PADAN MUKA

Untitled.png

KUALA LUMPUR – Sekumpulan pemandu teksi berkumpul di Bukit Bintang bagi menyuarakan bantahan terhadap perkhidmatan Uber dan Grab Car yang semakin meluaskan empayarnya di negara ini.

Himpunan kecil yang diadakan dari jam 11 pagi tanpa kebenaran pihak berkuasa, berhampiran Fahrenheit 88 & Pavilion itu telah menyebabkan kesesakan yang teruk.

Ekoran itu, polis telah mengarahkan kumpulan pemandu teksi itu bersurai dan beberapa pemandu teksi telah ditahan termasuk Timbalan Presiden PERSIM, Kamarudin Mohd Hussain.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) , pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu dalam sedikit masa lagi.

12439186_999349376825970_266447256012086

12512429_999349426825965_458439098361142

12920361_999349243492650_778996568116692

Cer9isrWQAAVT4N.jpg

Cer9izEWsAAFMHx.jpg

CesRu0tXIAAbUis.jpg

CesRuoaWsAEr50L.jpg

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa yang terbuku dalam hati mereka sejak sekian lamanya dipendam.

“Servis diorang pun bukannya bagus sangat. Tempat jam, tak mahu pergi. Aircond tak sejuk, tak mahu pasang. Nak naik teksi pun macam nak minta sedekah,” kata Ed Kajang.

“Bila Uber bersepah, tahu pula nak marah? Pandai pula nak mogok/protes? Habis, 90% yang bawa teksi ini tak nak ikut meter, siapa suruh? Aku dah pernah kena sebelum ini. Dari Pasar Seni pergi ke Bukit Bintang, dicaj sebanyak RM50 dengan alasan jalan jam. Kena dengan bangsa sendiri pula tu. Memang elok pun Uber semakin banyak, sekurang-kurangnya harga mereka boleh diterima akal. Teksi? Dah bagi meter pun tak nak guna. Siap pancung kepala lagi bagi harga. Fikir-fikirkanlah,” kata Tengku Mohd Rosli. – SUMBER

Sumber: vivamerah

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top