Contact Us

Name

Email *

Message *

JALAN HILANG 22 TAHUN KINI MUNCUL KEMBALI

JALAN HILANG 22 TAHUN KINI MUNCUL KEMBALI

Untitled.png

Padang Besar: Sebuah Jalan lama yang pernah ‘hilang’ dan sudah pun dilupakan oleh penduduk kampung selama 22 tahun selepas ditenggelami air akibat pembinaan sebuah empangan telah muncul kembali selepas air tasik berkenaan mulai surut akibat cuaca panas melampau ketika ini.

Jalan yang dianggarkan sepanjang satu kilometer yang terletak di Kampung Sahabat, Tasoh itu telah menjadi jalan penghubung kampung berkenaan dengan batu 12 kira-kira 22 tahun dulu dan kini telah muncul kembali beberapa minggu lalu.

Memetik tulisan oleh saudara Mohd Shah Syah yang merupakan pengulas radio Perlis FM, beliau telah pergi melawat tempat berkenaan di mana jalan itu terakhir digunakan pada tahun 1994 iaitu dua tahun selepas Empangan Timah Tasoh yang terletak berhampiran kampung itu siap dibina.

2.jpg

3.jpg

5.jpg

x.jpg

Laporan Harian Metro Hari Ini

Beliau memuatnaik gambar dengan kapsyen berbunyi “Tengah-tengah empangan Timah Tasoh, 20 tahun baru timbul balik jalan ini, sebelum ini hanya nampak perahu dan bot sahaja(lalu kawasan itu),” tulisnya. -SUMBER

Sumber: vivamerah

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top