Pelakon, pelawak dan hos TV popular Jihan Muse telah memilih sepersalinan songket kuning Diraja sebagai warna utama untuk majlis resepsi keduanya bersama suami tersayang, Ungku Hariz.
Majlis yang berlangsung dalam gaya melayu tradisional dan moden diraikan secara sederhana dan meriah bertempat di Menara Naza Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Shah Alam.
Tidak ketinggalan rakan-rakan artis yang hadir memeriahkan majlis ialah Sharifah Sakinah, Nad Zainal, Zara Zya, Elfira Loy, Erra Fazira, Yana Samsudin dan ramai lagi.
Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada pada 20 Mac lalu dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz dengan mas kahwin yang diterima oleh Jihan sebanyak RM300.
Jom kita lihat foto-foto yang cantik dan bersahaja daripada Jihan & Ungku Hariz sepanjang majlis itu berlangsung. Tahniah buat mereka berdua.
Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Artikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 28 Mac 2016
Sumber: Murai
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih