Walaupun Anugerah Meletop ERA 2016 (AME 2016) sudah lama melabuhkan tirainya, masih ada lagi pihak yang mempertikaikan kemenangan selebriti popular, Ayda Jebat yang berjaya membolot empat anugerah.
Menerusi Harian Metro, Ayda Jebat menjelaskan bahawa beliau ikhlas menjalinkan hubungan mesra dengan peminatnya tanpa mempunyai agenda tersembunyi seperti mahu meraih undi.
BACA: Walau Menang Anugerah, Ayda Jebat Tertekan Dikritik
Tiada sekelumit niat pun dalam hati saya menjalin hubungan mesra dan baik dengan peminat semata-mata mahu memancing undi mereka. Sebagai selebriti yang baru membina nama dalam karier seni, sejujurnya kemesraan saya dengan peminat itu adalah tanda penghargaan dan terima kasih
Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan padu diberi peminat yang menerima baik hasil kerja saya selama ini. Tanpa sokongan peminat, saya pasti takkan berada pada tahap seperti sekarang, katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Ayda Jebat akui turut merasa tertekan dengan kritikan dan tomahan yang dilemparkan kepadanya selepas memenangi anugerah di majlis terbabit. Bagaimanapun, Ayda tidak ambil pusing tentang perkara berkenaan. (rkty/w)
SUMBER
Harian Metro
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih