#"Mereka (tentera Myanmar) bunuh emak saya, pancung kepala nenek saya yang berumur 85 tahun dan kakak saya ditembak, dirogol...tolong Malaysia!"
#Demikian luahan seorang peserta Rohingya di Himpunan Solidariti Ummah Rohingya, Hasimudin Kursai,tatkala berbicara mengenai kekejaman tentera Myanmar terhadap bangsa dan keluarganya.
#"Ya ALLAH tolong, Malaysia kami mohon jua bantulah kami,"
#Hasimudin(warga rohinya yang menetap di malaysia) berkata, dia juga telah diingatkan abangnya di sana supaya tidak menghadiri himpunan hari ini, kerana bimbang akan diambil tindakan oleh tentera Myanmar.
#"Abang saya telefon saya, ingatkan jangan datang, tapi saya datang juga untuk solidariti umat Islam Rohingya," katanya dalam yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan.