Gambar penunjuk perasaan
#Beratus2 rakyat tahiland mengadakan demonstrasi secara aman tetapi berlaku juga suasana riuh-rendah berhampiran Kedutaan Myanmar, mereka membantah kekejaman yang didakwa dilakukan terhadap masyarakat Rohingya di negara jiran itu.
#Tunjuk perasaan anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu diadakan dengan kawalan ketat anggota keselamatan thailand..
#Rakyat tempatan dan termasuk anggota masyarakat Rohingya di sana, berhimpun beramai2 di hadapan kedutaan myanmar selepas solat jumaat dan melaungkan slogan serta menjulang sepanduk yang menggesa agar keganasan di negeri Rakhine, Myanmar, segera di selesaikan.
#Mereka yang melakukan demonstari itu juga menyeru agar NGO kemanusiaan diberi akses tanpa sebarang halangan untuk ke kawasan bergolak serta membenarkan campur tangan secara langsung dari masyaraat antarabansga bagi menyiasat dakwaan berlaku pembunuhan secara beramai-ramai di myanmar itu.
#Jurucakap bagi Majlis Rangkaian Kemanusiaan Sheikhul Islam Thailand membaca kenyataan yang menyeru kerajaan Myanmar supaya membenarkan badan antarabangsa berkenaan menyiasat apa yang berlaku di sana.
#"Majlis menyeru kerajaan Myanmar supaya memberi laluan pertubuhan antarabangsa memasuki kawasan bergolak itu untuk membantu mereka yang terjejas serta menyiasat tuduhan berkenaan,". - BANGKOK - THAILAND.