Contact Us

Name

Email *

Message *

Tiada sifat kemanusian!!! Orang ramai hanya melihat mangsa menggelitik mati....

Tiada sifat kemanusian!!! Orang ramai hanya melihat mangsa menggelitik mati....


(:)Seorang lelaki yang pengsan ketika beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dibiarkan terbaring hingga mati tanpa sebarang bantuan kerana orang ramai enggan meninggalkan barisan untuk mengeluarkan wang.

(:)Saksi berkata, Kallol Ray Chowdhuri berbaris di mesin ATM di Bandel dekat sini kelmarin sebelum dia rebah akibat serangan jantung.

(:)Bagaimanapun, orang ramai yang berbaris panjang di mesin ATM berkenaan enggan membantu Chowdhuri, 53, dan hanya membiarkan lelaki itu terbaring.

(:)Mereka hanya memerhatikan Chowdhuri mengerang kesakitan sambil memegang dadanya sebelum dia tidak sedarkan diri.

(:)Saksi memberitahu, orang ramai enggan membantu Chowdhuri kerana tidak mahu keluar dari barisan kerana bimbang tidak dapat mengeluarkan wang.

(:)Tiada siapa yang mahu membantu lelaki itu atau membawanya ke hospital,” katanya.

(:)Ujarnya, Chowdhuri dibiarkan terbaring selama 30 minit sebelum seorang pengawal keselamatan bank itu yang melihat keadaan mangsa membawanya ke hospital dengan menaiki teksi.

(:)Bagaimanapun, apabila tiba di hospital doktor mengesahkan lelaki itu sudah lama meninggal dunia.

(:)Isteri Chowdhuri berkata, doktor memberitahu suaminya mungkin boleh diselamatkan sekiranya dibawa segera ke hospital.

(:)Ujarnya, dia kesal dengan sikap orang ramai yang terlalu mementingkan diri sendiri.

(:)India ketika ini berdepan krisis wang tunai selepas kerajaan membuat penyahwangan wang kertas 500 rupee dan 1,000 rupee.

Kolkata (India)


Back To Top