Contact Us

Name

Email *

Message *

SAMPAH KAMU, REZEKI KAMI

SAMPAH KAMU, REZEKI KAMI


Di tangannya hanya ada wang RM10, namun demi cucu tersayang yang mengidamkan makan nasi lemak, seorang nenek rela menggunakan wang itu.

Nor Azian Yusuf, 58 (nenek) akan mengutip botol plastik dan tin aluminium untuk dijual supaya memperoleh wang bagi menggantikan RM10 yang di gunakan membeli nasi lemak itu untuk membeli barangan keperluan lain.

Begitu mendalamnya kasih dan sayang seorang nenek yg pada usia itu masih gigih mencari rezeki demi keluarga terutama enam cucunya dengan kederat yang tak seberapa itu untuk menolak troli sejauh 9km setiap 2 hari sekali bagi mencari botol plastik dan tin aluminium termasuk di tong sampah.

Nor Azian Yusuf, 58 terpaksa mencari barangan yg boleh dikitar semula untuk dijual bagi membantu anak perempuannya yang juga ibu tunggal membiayai perbelanjaan anak dan cucu-cucunya.

“Saya mempunyai 2 anak perempuan. Seorang daripada anak saya itu adalah Orang Kurang Upaya (OKU), seorang lagi ibu tunggal dan saya ada 6 cucu yang harus dijaga. Jika saya hanya mengharapkan pendapatan anak perempuan yang ibu tunggal itu tidak akan mencukupi."

“Kos perbelanjaan susu anak OKU sudah menelan belanja RM350 sebulan, jika saya tidak mencari botol atau tin bagaimana mahu makan dan beri cucu-cucu saya duit sekolah,”

Umi (Nor Azian Yusuf,58) mencari barangan kitar semula dengan ditemani cucu-cucunya di sekitar Setapak dan Gombak.

“Cucu saya berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun. Oleh itu, empat cucu yang sudah bersekolah akan bergilir temankan saya untuk cari botol plastik dan tin aluminium."

“Bukan senang untuk memenuhkan satu plastik sampah besar dengan barangan kitar semula itu kerana ia mengambil masa  3 ke 4 hari. Bila jual, pendapatan yang saya dapat setiap minggu kira-kira RM40,”

Nor Azian Yusuf,58 akan membawa tiga plastik sampah yang berisi barangan kitar semula itu untuk dijual di sekitar rumahnya di Jalan Semarak.

“Sekilo botol plastik dapat dijual dengan harga 60sen manakala tin aluminium sekitar RM3.60. Alhamdulillah cukup untuk makan kami”

Nor Azian Yusuf,58 kecewa kerana cucunya pernah diejek kerana pekerjaan yang dilakukannya itu.

“Saya sedih apabila orang hina cucu saya tetapi hanya nasihat yang mampu saya berikan pada cucu-cucu saya."

“Saya selalu ingatkan pada cucu-cucu saya, sampah orang adalah rezeki kita. Jangan sesekali berasa malu kerana ia rezeki yang halal. Kita bukan minta sedekah, tetapi usaha sendiri dengan kudrat yang ada,”

Nor Azian Yusuf,58 pernah melalui detik hitam apabila ada individu yang cuba mengambil kesempatan atas kesusahan keluarganya.

“Kawan lelaki kepada anak perempuan saya pernah memberhentikan cucu-cucu saya sekolah dan bawa semua cucu saya ke Kelantan sebelum merancang untuk menjual mereka di sana."

“Mujur lah anak perempuan saya menyedari niat jahat lelaki itu dan sekarang lelaki itu sudah ditangkap polis pada  Oktober lalu,”

"Biarpun terpaksa bersusah payah, saya tetap akan berusaha untuk memberi keperluan yang mencukupi kepada cucunya seperti kanak-kanak lain"

“Selagi saya ada, saya akan berusaha mencari rezeki untuk anak dan cucu-cucu saya, andai kata jika saya sudah tiada, harap2nya cucu-cucu saya dapat berdikari,”




Back To Top