Contact Us

Name

Email *

Message *

2 petua yang paling mudah untuk buat bancuhan tepung supaya pisang goreng jadi rangup.

2 petua yang paling mudah untuk buat bancuhan tepung supaya pisang goreng jadi rangup.


2 petua untuk buat bancuhan tepung supaya pisang goreng jadi rangup



Pertama :
  • Tidak perlu dicampur dengan tepung lain (tepung beras atau tepung goreng segera). Caranya senang sangat. Masukkan secawan air ke dalam mesin pengisar. Masukkan juga satu sudu kecil garam dan secubit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Akhir sekali masukkan secawan tepung gandum. Kisar kesemuanya sehingga sebati (anggaran seminit). Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam mangkuk dan bolehlah digunakan untuk menyalut pisang, keledek dan sebagainya yang akan digoreng. InsyaAllah, hasilnya tidak akan mengecewakan.



Kedua :
  • Campurkan tepung gandum, dengan air garam serta pewarna kuning atau serbuk kunyit. Semasa minyak untuk menggoreng telah panas, ceduk sedikit kedalam bancuhan tepung tadi. In sha Allah bahan yang digoreng seperti pisang, keledek dan sebagainya akan lebih ranggup dan lembut.


Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi petua yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share






Back To Top