Contact Us

Name

Email *

Message *

Petua Orang Lama Untuk Merawat Bibir Yang Kering. Mudah & Jimat!!

Petua Orang Lama Untuk Merawat Bibir Yang Kering. Mudah & Jimat!!


Petua Mudah Untuk Merawat Bibir Kering Dengan Menggunakan Timun

(.)Timun boleh digunakan untuk merawat bibir yang kering dan pecah-pecah. Caranya, potong timun nipis-nipis dan lekatkan pada bibir untuk beberapa ketika. Setelah itu, cuci bibir dengan air suam. In syaa Allah bibir akan kembali lembap.

(.)Sapukan susu pekat pada bibir. Calit susu pekat pada bibir buat beberapa ketika (biarkan lebih kurang 1 jam). Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan dengan kerap untuk hasil yang mujarab. 

(.)Boleh juga sapukan mentega pada bibir yang merekah. Ambil sedikit mentega dan sapukan pada bibir yang kering dan pecah-pecah.

(.)Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.

(.)Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.

(.)Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Ambil hampas halia tersebut dan gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

(.)Sayuran dan herba memang banyak khasiatnya untuk merawat bibir yang kering dan pecah-pecah. Diharap petua tradisional di atas dapat membantu mereka yang memerlukan dan bermanfaat dalam penjagaan kesihatan secara berterusan. Yang penting petua yang dikongsikan sangat mudah untuk diamalkan, dan murah pula!

(.)Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share





Back To Top