Contact Us

Name

Email *

Message *

Cara-Cara Yang Betul & Mudah Buat Nasi Goreng Seafood Special

Cara-Cara Yang Betul & Mudah Buat Nasi Goreng Seafood Special


Cara-Cara Yang Betul & Mudah Buat Nasi Goreng Seafood Special

Bahan-bahannya: (Anggaran untuk 4 orang makan)
  • 4 cawan nasi (kalau yang dah semalaman punya lagi bagus..nasi lebih peroi) 
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 batang cili merah (dikisar)
  • 5 biji cili padi (dikisar)
  • 1/2 cm belacan (dikisar)
  • 1 sudu makan kicap manis (kalau tak mahu warna tak payah bubuh kicap)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 batang kailan - dihiris
  • sedikit kobis (dihiris)
  • udang/sotong (ikut suka banyak atau sikit)
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa daun sup dan timun untuk hiasan

Cara masak:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  3. Pecahkan telur dan kacau rata.
  4. Selepas itu masukkan sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
  5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Kemudian masukkan sayur kailan dan kobis, biarkan layu sedikit. 
  7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
  8. Hiaskan dengan daun sup dan timun. 

Macamana? Mudahkan? Uolsss cuba lah... Sedap tau.. hehe..




Back To Top