Cara-Cara Membuat Dadih Yang Mudah Dan Lazat
Bahan-bahan:
- 20 cawan air
- 15 gram Agar-agar
- 5 cawan Susu tepung
- ½ cawan Tepung kastard / tepung jagung
- Perisa Mengikut selera(jika suka)
- Gula Secukup rasa
- Buah-buahan seperti strawberi, laici dan peach (jika suka)
Cara penyediaan:
- Masak air hingga mendidih dan bahagikan kepada 3 bahagian.
- Bahagian pertama bancuh susu tepung dan tepung sehingga larut.
- Bahagian kedua larutkan gula dan perasa.
- Bahagian ketiga larutkan agar-agar.
- Satukan ketiga-tiga bahagian dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
- Setelah mendidih agihkan ke dalam cawan-cawan dan sejukkan. Masukkan ke dalam peti ais jika suka.
Cadangan Hidangan:
- Hidangkan dadih dengan buah-buahan.
Selamat mencuba uolss & Jangan lupa share. ^_^