Contact Us

Name

Email *

Message *

Cara-Cara & petua menghilangkan masalah mulut berbau

Cara-Cara & petua menghilangkan masalah mulut berbau

Cara menghilangkan masalah nafas atau mulut berbau


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hai uollsss.. Adakah mulut anda berbau??
jangan risau..jangan gelabah..jangan takut.. hehehe
Hari ni saya nak kongsi sedikit Cara2 & petua menghilangkan masalah mulut berbau..
Jom kita tengok cara2&petua di bawah..

1- Membersih dan memberus gigi

  • Memberus gigi secara teratur, baik dan menyeluruh serta menggunakan benang flos atau flos pakai-buang dengan betul.


2- Membersihkan lidah

  • Bersihkan lidah paling tidak dua kali setiap hari untuk menghilangkan masalah nafas berbau.


3- Minum banyak air

  • Minum lebih banyak air, paling kurang dua liter (16 gelas) sehari dapat merangsang pengeluaran air liur sekali gus mengurangkan masalah nafas berbau.


4- Pemakanan

  • Elakkan memakan makanan yang mungkin menjadi punca masalah nafas berbau seperti bawang putih dan kopi.


5- Mengunyah gula-gula getah

  • Gula-gula getah dapat merangsang pengeluaran air liur dan membersihkan sisa makanan.


6- Prihatin pada gigi sendiri

  • Memeriksa gigi jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang.


7- Berjumpa doktor gigi

  • Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali.


Cara tradisional bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau

1- Daun jambu batu

  • Berkumur dengan air pucuk jambu batu yang dicampur setengah gelas air dan sedikit garam sebanyak dua hingga tiga kali sehari.


2- Sirih

  • Berkumur menggunakan air rebusan sirih pada anggaran 1.5 gelas.


3- Serai wangi dan kulit limau kasturi

  • Gunakan air campuran serai wangi dan kulit limau kasturi yang direbus untuk berkumur sebanyak dua atau tiga kali sehari.


4- Cengkih

  • Gunakan air rebusan tiga atau lima kuntum bunga cengkih untuk berkumur. Amalkan pada waktu pagi dan petang.


5- Menghisap kulit kayu manis

  • Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.


6- Bunga lawang

  • Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk atau minum air rebusan untuk berkumur.


7- Meminum teh hijau dan daun pudina

  • Minum air teh hijau atau minum air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)



Back To Top