Contact Us

Name

Email *

Message *

APA ITU PENYAKIT TAUN (KOLERA) DAN TANDA JANGKITAN

APA ITU PENYAKIT TAUN (KOLERA) DAN TANDA JANGKITAN

APA ITU PENYAKIT TAUN (KOLERA) DAN TANDA JANGKITAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Hai uollsss.. hari saya nak kongsi sedikit info tentang penyakit taun & tanda jangkitannya..
Jom sama kita baca & share.. ^_^

Info Penyakit Taun (Kolera)

  • Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria (kuman), vibrio cholera. Ia berlaku apabila kuman taun dari pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut.
  • Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus. Ini termasuk makanan yang dicemari kuman taun, tidak dimasak dan dimakan sejuk.
  • Selain ini, lalat dan air minuman yang dicemari najis boleh menyebarkan kuman taun kepada individu sihat lain.
  • Tempoh bagi kuman taun merebak dalam badan sehingga menunjukkan tanda penyakit adalah dalam masa 5 hingga 6 hari.
Tanda-tanda Jangkitan Taun


  • Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk. Najis cair dan berwarna. Kejadian cirit-birit adalah disebabkab oleh pengeluaran racun atau toksin oleh vibro cholera semasa di usus yang menyebabkan air badan keluar memasuki saluran usus. 
  • Selepas beberapa jam, otot penghidap akan mengalami kekejangan terutama di pergelangan kaki dan perut kerana kehilangan garam sodium.
  • Penghidap akan mengalami kejutan dan boleh pengsan. Tekanan darah menurun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung di samping masalah membuang air kerana kehilangan air yang banyak.
  • Pada peringkat ketiga, jika cirit-birit dan muntah berhenti, tekanan darah akan meningkat kepada biasa dan penghidap pulih. Jika tidak, suhu badan akan meningkat, peningkatan suhu badan secara mendadak mungkin berlaku dan penghidap akan koma dan mungkin maut.

Panduan elak jangkitan taun


  • Minum air yang dimasak. Suhu air mendidih akan membunuh bakteria. 

  • Gunakan air bersih seperti air paip atau telaga yang dibubuh klorin untuk kegunaan harian seperti membasuh pinggan mangkuk, makanan segar, meggosok gigi dan mengambil wuduk.
  • Makan makanan panas dan elakkan makanan sejuk seperti ais, aiskrim, air batu campur kerana bakteria taun mudah membiak dalam keadaan sejuk.
  • Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan semua tempat pembiakan lalat dan makanan ditutup.
  • Sayuran dan buah-buahan segar hendaklah dicuci dengan sempurna menggunakan air bersih.
  • Hendaklah sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas.
  • Jika ingin makan di gerai, pastikan gerai itu bersih. Bagaimanapun, langkah lebih bijak dengan menghentikan makan di gerai buat sementara waktu.

  • Jika ada ahli keluarga telah mendapat taun, pastikan ahli keluarga lain diberitahu tentang kebersihan semasa buang air besar bagi mengelakkan ahli keluarga lain daripada dijangkiti penyakit tersebut.


  • Pakaian pesakit harus dicuci dengan sabun dan larutan pemutih Clorox untuk membasmi kuman taun.


  • Dapatkan ubat antibiotik yang diberi oleh pihak hospital atau Jabatan Kesihatan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang sihat.


  • Bawa pesakit yang muntah dan cirit-birit ke hospital dengan segera
SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
JOM SHARE, SEMOGA ARTIKEL INI MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.





Back To Top