Contact Us

Name

Email *

Message *

LUASNYA REZEKI ALLAH.

LUASNYA REZEKI ALLAH.


Alhamdulillah. Rezeki Allah itu maha luas. Tidak di beri hari ini, di berinya esok, lusa ataupun minggu depan. Pemberian yang tepat pada masanya. Mungkin juga tidak terus (direct) kepada kita ... mungkin melalui perantaraan. Kita tidak nampak sebab kita leka memikirkan untuk mencari rezeki yang akan datang. Dari celah mana, dari siapa dan apa yang perlu kita buat....

1 . Jika Tiada Rezeki Anak, Mungkin Diberikan Rezeki Mertua Yang Baik – Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

2. Jika Tiada Rezeki Wang Ringgit, Mungkin Diberikan Rezeki Kesihatan – Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

3. Jika tiada rezeki kereta mewah, Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah – Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakkan yang mahal.

4. Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus – Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

5. Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga – Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

6. Jika tiada rezeki jodoh, Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang – Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

7. Jika tiada rezeki hari ini, Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari – maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

10 CARA TERBUKTI MELAPANGKAN REZEKI

1. Taqwa (Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya)

2. Istighfar & banyak memohon ampun

3. Bekerja (berdagang) dengan jujur (amanah)

4. Bangun pagi & tidak tidur setelah sholat subuh

5. Rajin mendirikan Sholat Dhuha

6. Menyambung Tali Silaturahim

7. Bersedekah & menolong orang lemah

8. Merantau (Hijrah)

9. Do’a & Tawakkal

10. Bersyukur


Bersabar. Bersyukur. Berusaha.Berdoa.Bertawakal.Hanya Dia. Allah Yang Maha Adil




Back To Top