Contact Us

Name

Email *

Message *

Khasiat Minum Air Kosong(Air Masak)

Khasiat Minum Air Kosong(Air Masak)


Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air kerana kebaikanya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan anda juga terjamin.

Pentingnya air. .

**Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.

**Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.

**Air baik untuk sendi.

**Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.

**Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.

**Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.

**Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.

**Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.

#Info

#Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran

#Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.

#Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.

#Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?

Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. .

JOM KITA AMALKAN




Back To Top