Contact Us

Name

Email *

Message *

Khasiat Air kelapa Baik Untuk Wanita

Khasiat Air kelapa Baik Untuk Wanita


Khasiat Air kelapa Untuk Wanita.


***Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh***

***Ramai yang mempersoalkan khasiat sebenar air kelapa yang dahulu menjadi kegilaan atau trend di Hollywood lebih-2 lagi kepada kelompok selebriti yang amat menitik beratkan kesihatan peribadi. Selepas wheatgrass, goji berries dan vitamin water, air kelapa dilabel sebagaithe new ‘it’ healthy drink di Amerika Syarikat. Dua nama besar, Madonna & Rihanna pernah di’tangkap’ memegang dan  minum air kelapa ketika bersiar-siar di tempat awam. Vita Coco antara produk berasaskan buah kelapa yang popular di pasaran dan kini air kelapa dijual di dalam botol atau kotak secara komersil. Selain pasaraya, minuman ini mudah didapati di mana2 sahaja, tidak kira di gim, studio yoga ataupun dijual secara maya.

***Air kelapa juga mudah dilabel sebagai minuman sukan dan energi natural untuk sumber air kepada badan. Air kelapa mengandungi kandungan kalori yang rendah, kaya dengan potassium dan bebas lemak dan kolestrol yang dipercayai lebih baik daripada air mineral untuk sumber hidrasi. Altenatif terbaik buat yang mahukan air minuman dengan kandungan gula yang kurang daripada jus buah-buahan dan soda. 

Air kelapa juga adalah sumber hidrasi yang bagus buat senaman ringan kerana kandungan potassium yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia bukanlah ideal kepada atlet yang melakukan endurance training  atau senaman berat. Jumlah karbohidrat dan sumber electrolyte yang terdapat dalam air kelapa tidak mencukupi untuk memberi anda sumber energi yang diperlukan. Apa yang utama anda harus memastikan tahap hidrasi adalah seiring dengan senaman yang dilakukan. Jangan pula nanti ada yang pengsan disebabkan tidak cukup air di dalam badan.

Kebaikan air kelapa kepada kesihatan yang lain:

{*** 1.Membersihkan badan dan kulit ***}

Sebagai sumber hidrasi, air kelapa sangat bagus untuk badan dan kulit kita. Jika diamalkan setiap hari, air kelapa akan bertindak sebagai agen mencuci sistem pengaliran darah dan penghadaman yang cukup bagus untuk menyingkirkan toksin .Kandungan mineral dan asid amino yang kaya pula berfungsi sebagai nyah-toksin untuk kulit rosak dan dapat mengekalkan awet muda. Jerawat juga dapat dikurangkan apabila kita membasuh kulit dengan air kelapa.

{***2.Mengurangkan berat badan ***}

Tidak perlu berbelanja mahal untuk mendapatkan diet shake atau supplement kurus badan kerana air kelapa akan membantu kita mengurangkan lemak dan membentuk tubuh yang kita impikan jika diamal meminumnya setiap hari. Kandungan gula dan lemak yang sangat rendah selain asid lauric akan mempercepatkan kadar metabolism dalam membekalkan oksigen dalam badan. Juga sesuai untuk pengidap diabetis.




Back To Top