~Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas
~Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah
~Puasa sunat sangat dituntut bertujuan untuk menampung ibadah fardu. Puasa sunat adalah latihan jiwa yang luar biasa supaya kita bersedia menanggung segala kesusahan serta pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
~Antara lain kelebihan Puasa Sunat adalah dapat membantu meningkatkan kekuatan serta persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan
10 Kebaikan Berpuasa Hari Isnin Dan Khamis
1. Pemulihan sel-sel kulit – Sebenarnya anda tidak perlukan produk atau suplemen untuk mengantikan sel-sel kulit yang telah .mati. Mengamalkan rutin berpuasa setiap Isnin dan Khamis akan menghentikan metabolismen dalam tubuh untuk seketika dan ketika ini sel-sel tubuh dapat bekerja dengan lebih aktif untuk membina sel-sel yang baru.
2. Menegangkan kulit – Selain memulihkan sel, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis juga akan membuatkan kulit badan kita menjadi lebih sihat berpunca dari sel-sel tubuh yang berkerja secara maksimum.
3) Membuang Toksin Dalam Badan – Kajian turut menunjukkan, antara kelebihan penting ketika seseorang mengamalkan rutin berpuasa isnin dan khamis, ia membantu menbuang toksin atau racun dalam tubuh badan kita. Toksin ini datangnya dari makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari. Selain bersenam dan mengeluarkan toksin melalui peluh, cara yang paling berkesan adalah bila kita berpuasa dari makan dan minum. Ketika berpuasa, toksin akan berjaya dikeluarkan melalui pembuangan air kecil dan air besar dan juga peluh. Bila toksin berjaya dikeluarkan, badan akan berasa lebih sihat.
4) Waktu Rehat Untuk Organ Pencernaan – Organ pencernaan ibarat mesin yang ada ketikanya perlu direhatkan seketika untuk melakukan proses baik pulih. Jika dibiarkan terus bekerja tanpa rehat, pasti ia akan mudah rosak. Ketika berpuasa, organ pencernaan dapat berehat dan melalui proses pemulihan supaya ia dapat terus berfungsi dengan baik.
5) Membuang lemak – Biarpun badan memerlukan lemak, namun jika terlebih lemak ibarat mengundang pelbagai jenis penyakit yang lain. Anda tidak perlu berdiet untuk mengeluarkan lemak dari dalam badan. Berpuasa Isnin dan Khamis sangat membantu untuk menyingkirkan lemak yang tidak diperlukan dari badan anda. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan kolesterol dan juga sakit jantung.
6) Mencantikkan Kaum Wanita Secara Semulajadi – Berpuasa isnin dan khamis banyak manfaatnya untuk kaum wanita, selain membantu memulihkan sel dan menegangkan kulit, ia juga dapat membuatkan kulit wajah lebih bersih dan segar dan sentiasa nampak awet muda.
7) Memberi Ketenangan – Satu lagi kelebihan berpuasa isnin dan khamis ialah mendapat ketenangan perasaan. Individu yang mengamalkan rutin berpuasa isnin dan khamis akan menjadi seorang yang lebih penyabar, mudah mengawal fikiran dan perasaan dan lebih positif sikap dan pemikiran.
8) Mengawal Hawa Nafsu – Individu yang mengamalkan rutin puasa isnin dan khamis selalunya dapat mengawal hawa nafsu dengan baik. Ini akan membantu mengelak dari terjerumus ke dalam perkara-perkara yang negatif.
9) Menjadi Lebih Peka – Bila seseorang berpuasa, dia akan berasa lapar dan haus. Ketika ini akan muncul rasa lebih peka kepada keadaan sekeliling. Terutamanya lebih memahami tentang insan-insan yang serba kekurangan yang tidak cukup makan dan terpaksa mengemis atau mengambil sisa makanan orang lain.
10) Lebih Banyak Beramal – Berpuasa isnin dan khamis akan meningkatkan amal ibadah. Kebiasaannya individu yang berpuasa akan melakukan banyak amalan yang baik untuk meningkatkan pahala puasanya.
Memang banyak kebaikan berpuasa isnin dan khamis kan. Jadi apa kata kita amalkannya mulai sekarang.