Amalkan makan badam untuk kesihatan otak
***Kesihatan badan dan otak amat penting. Pernah tak korang terserempak dengan seseorang, mukanya korang cam, tapi tak ingat namanya langsung. Ataupun korang baru saja parking kereta tapi dah terlupa kat mana?
Sebab terjadinya perkara begini ialah memori dalam otak kita, seperti juga badan kita otak boleh menjadi letih dan lemah. Tenaga diperlukan untuk menyegarkan otak kita.***
Di antara cara untuk menyihatkan & menyegarkan otak kita selain dari mengamalkan kismis dan kurma ialah:
1) ***Makan badam.***
Badam sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin & telah digunakan berabad lamanya untuk meningkatkan prestasi memori. Ambil minyak badam bersama susu sebelum tidur atau rendam badam selama beberapa jam dan kupas kulitnya, kisar halus dan campurkan air dan sedikit gula atau madu dan minum sebelum tidur untuk badan dan memori yang lebih sihat.
2) ***Jus apel.***
An apple a day keep the doctors away! Selain dari buah, jus apel sangat baik untuk otak kita. Satu kajian menunjukkan jus apel meningkatkan penghasilan neurotransmitter acetylcholine di dalam otak yang seterusnya akan memperbaiki kuasa memori kita.
3) ***Cukup tidur & lena.***
Tidur yang cukup dan lena dapat menguatkan otak kita. Tidur dengan lena selepas seharian bekerja kuat dan kita akan dapat merasakan perbezaannya pada keesokan hari. Kajian menujukkan otak memainkan semula imej-imej yang telah anda alami seharian dan membantu kita mengingatinya semula di masa depan bila kita memerlukannya.
4) ***Rasa gembira dan nikmati hidup.***
Tekanan dalam rutin harian boleh melemahkan otak kita. Cuba tukar-tukar rutin dan lakukan aktiviti rekreasi untuk menyegarkan semula otak. Lupakan kerja buat sementara waktu dan ambil masa untuk bersama ibubapa, saudara-mara, kawan-kawan, isteri atau anak-anak. Keluar bersiar-siar atau melancong, dengar muzik kegemaran atau lakukan apa saja hobi yang boleh menggembirakan korang.
5) ***Bersenam.***
Seperti juga badan kita, otak juga perlukan senaman untuk menjadi sihat dan cergas, oleh itu jangan lupa mengambil masa untuk bersenam setiap hari atau beberapa hari sekali.
Minda yang sihat datang dari badan yang sihat. Untuk mendapatkan otak dan minda yang sihat dan cergas, jom jaga kesihatan.^_^