Resepi Rendang Tok Istimewa
Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 sudu makan ketumbar-dikisar
3 sudu makan jintan manis-ditumbuk halus
3 sudu makan jintan putih-digoreng tanpa minyak
2 sudu makan lada hitam-dikisar
3 kuntum bunga lawang
11 kuntum bunga cengkih
2 batang serai-diketuk
250 gm gula melaka
1 biji kelapa-ambil santan
250 gm kerisik
1/2 biji isi kelapa-dihiris nipis dan digoreng
sedikit daun kunyit
minyak secukupnya
Bahan Kisar –
10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
Cara Memasak:
1. Potong daging besar besar dan bersihkan. Tos dan ketepikan.
2. Ambil santan kelapa sebanyak 2 mangkuk besar.
3. Panaskan kuali,tumis bahan bahan kisar sehingga naik bau.
4. Kemudian,masukkan santan,bunga cengkih,bunga lawang,isi kelapa yang telah dihiris dan digoreng beserta daging.
5. Biarkan mendidih,masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.
6. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat,masukkan kerisik dan kacau sebati, biarkan kuah kering.
7. Akhir sekali,masukkan jintan manis dan jintan putih.
8. Hidangkan bersama hirisan daun kunyit.
Rendang-Tok