Resepi Ayam Panggang Lada Hitam
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong besar dan dibersihkan)
Bahan untuk diperap –
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sdb sos lada hitam (gantikan dgn sos tiram, kicap pekat dan lada hitam)
2 sdb madu
1 ketul kiub ayam knorr
2 sdb halba campuran
1 1/2 sdt garam
sedikit air untuk mengisar bahan
sedikit mentega
Cara Memasak:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk diperap dan kisarkan.
2. Lumurkan keseluruhan bahan dengan ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Masukkan kedalam bekas dan bakar selama 45 minit dgn suhu 200 C.
5. Setelah masak baru dikeluarkan untuk dihidangkan.
Ayam Panggang Lada Hitam