Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Terung Sumbat

Resepi Terung Sumbat


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(**)4 biji terung
(**)500gm keju mozarella parut
(**)1 biji lada benggala hijau | dipotong dadu
(**)1 biji tomato | dipotong dadu
(**)5 biji cili padi | dihiris nipis
(**)1 biji bawang besar | didadu
(**)2 ulas bawang putih | dicincang
(**)2 sudu cili sos
(**)1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar
(**)Sedikit minyak

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(**)1. Panaskan ketuhar dengan suhu 220°selsius terlebih dahulu. Sambil itu, belah dua terung.
(**)2. Korek isi terung menggunakan sudu. Ketepikan.
(**)3. Sapukan minyak di dalam kulit terung dan perasakan dengan garam serta lada hitam. Balutkan dengan aluminium foil. Bakar selama 20 minit.
(**)4. Potong dadu isi terung yang dikorek tadi dan tumiskan bersama bawang besar. Masukkan tomato, lada benggala, cili padi dan cili sos. Perasakan mengikut citarasa anda.
(**)5. Isikan inti ke dalam kulit terung yang dibakar dan taburkan keju di atasnya.
(**)6. Kecilkan api ketuhar menjadi 200°celsius dan bakar terung seketika sehingga keju cair.

*Jika mahu, anda boleh menggunakan isi ayam atau daging kisar sebagai inti.


Back To Top