Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Pai Epal

Resepi Pai Epal

pai-epal

BAHAN-BAHAN:

DOH PASTRI:

250gm tepung gandum | diayak
125gm mentega beku | dipotong dadu
1 biji kuning telur
2 sudu makan air ais
1 sudu makan gula
Secubit garam

INTI:

500gm epal | dikupas, dibuang biji dan dipotong dadu
50gm gula kastor
40gm mentega
1 sudu makan serbuk kulit kayu manis
½ sudu makan serbuk buah pala
1 sudu makan jus lemon

HIASAN:

1 biji kuning telur- dipukul

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan tepung dan garam di dalam sebuah mangkuk. Tambahkan gula dan kacau rata.

2. Selepas itu, masukkan mentega dan gaul sehingga sebati.

3. Kemudian, tambahkan telur dan air ke dalam adunan tepung tadi. Adun sehingga menjadi doh.

4. Balutkan doh dengan plastik dan rehatkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

5. Untuk membuat intinya, masukkan epal ke dalam mangkuk.

6. Kemudian, masukkan jus lemon, gula, serbuk kayu manis, dan serbuk buah pala ke dalam mangkuk.

7. Selepas itu, cairkan mentega di dalam kuali dengan api kecil. Kemudian, masakkan hirisan epal selama 12 minit sehingga warna keperang perangan. Angkat dan sejukkan.

8. Selepas itu, keluarkan doh pastri dari peti sejuk. Taburkan sedikit tepung di atas meja sebelum doh dicanai. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian untuk mangkuk pai, dan satu lagi sebagai penutup pai.

9. Kemudian, canaikan doh hingga menjadi rata. Letakkan doh dalam acuan pai. Trim lebihan pastri pada dindingnya.

10. Selepas itu, cucuk pastri dengan menggunakan garfu dan bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 180°c.

11. Kemudian, masukkan inti epal yang telah dimasak tadi ke dalam bekas pai yang telah dibakar tadi.

12. Selepas itu, canaikan satu lagi bahagian doh sehingga rata. Potongkan ia menjadi bulat sama saiz dengan mangkuk pastri. (Penutup pastri)

13. Sapukan sedikit kuning telur pada hujung dinding mangkuk pastri yang telah dibakar tadi.

14. Kemudian, letakkan penutup di atas pastri pai tadi. Kelim menggunakan garfu atau tangan.

15. Sapukan kuning telur di atas penutup pai untuk warna yang lebih cantik.

16. Bakar pastri selama 35 hingga 40 minit atau sehingga pastri rangup dan berwarna sedikit perang. Hidangkan dan sedia dinikmati.


Back To Top