Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi


Bahan-bahannya ialah:

(**)2 ikat pucuk ubi
(**)2 keping asam keping
(**)1 biji santan segar
(**)segenggam ikan bilis – yang sudah dikupas
(**)2 batang serai – diketuk
(**)garam secukup rasa


Bahan-bahan yang perlu ditumbuk:

(**)20 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
(**)3 cm kunyit hidup

Cara-cara memasaknya ialah:

(**)1.Patahkan pucuk ubi dan ambil pucuknya sahaja kemudian dibasuh bersih.
(**)2.Didihkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan pucuk ubi tersebut.
(**)3.Biarkan pucuk ubi dimasak sampai empuk.
(**)4.Pucuk ubi yang telah masak boleh di tos boleh diletakkan ketepi dulu.
(**)5.Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk seperti ikan bilis,serai yang diketuk,asam keping serta santan ke dalam periuk kemudian dikacau dan biarkn kuahnya mendidih.
(**)6.Masukkan pucuk ubi kemudian kacau sehingga rata dan masukkan garam secukupnya.
(**)7.Biar kuah mendidih dan pucuk ubi sebati dengan kuah
(**)8.boleh ditutup apinya dan dihidangkan.

(**)P/s:Masak Lemak Pucuk Ubi lebih sedap jika diletakkan lebih banyak lada dan santan.


Back To Top