Contact Us

Name

Email *

Message *

Syurga Makanan Di SPH Food Festival

Syurga Makanan Di SPH Food Festival

syurga makanan di sph food festival

Macam-macam ada!,” itulah konsep yang diketangahkan di Coffee House, Sunway Putra Hotel (SPH) sempena kempen SPH Food Festival 2016 yang bakal diadakan bermula 17 Mac lalu.

Pengunjung seperti berada di dalam syurga makanan andai ke bufet yang disediakan kerana terdapat pelbagai seksyen makanan iaitu daripada makanan laut hinggalah ke kambing golek serta dari makanan timur hingga ke makanan barat serta berpuluh jenis kek dan kuih muih.

Chef eksekutif Hotel Sunway Putra, Chef Rossham berkata, sebagai hotel baru, SPH Food Festival 2016 diharapkan dapat menarik ramai pengunjung untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan di Coffee House SPH.

Objektif kami mengadakan SPH Food Festival 2016 ini adalah untuk meningkatkan lagi reputasi hotel dengan menghidangkan pelbagai makanan berkualiti dengan harga berpatutan, katanya.

SPH Food Festival turut memperkenalkan beberapa pemanis mulut dari Atrium Lounge seperti Jackfruit Chocolate Cake, dan juga Dragon Fruit Red Velvet Cake.

Pada hari tersebut juga, aktiviti pertandingan memasak di antara 3 selebriti tempatan iaitu Ramona Zamzam, Shakilla Khoriri dan juga Anding Indrawani turut diadakan. Mereka diberi cabaran untuk memasak menu yang belum mereka ketahui.

Ramona diminta menyediakan menu mee goreng mamak, manakala Shakilla dikehendaki memasak spageti dan Anding pula harus tampil dengan menu pasta. Masa yang diberikan adalah selama 45 minit dan dalam masa terbabit, peserta dikehendaki memasak menu yang diberikan.

Setelah selesai mereka tekah diminta mempersembahkan masakan mereka kepada pihak juri dan setelah diadili Ramona telah diumum seagai pemenang pertandingan memasak tersebut.

SPH menyediakan menu buffet untuk makan tengahari dari jam 12.30 tengahari hingga 3.30 petang dengan harga serendah RM68 untuk seorang. Dibuka dari Isnin hingga Jumaat. Manakala untuk makan malam pula, berharga RM78. Ianya dibuka dari hari Isnin hingga Khamis dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada Isnin, 28 Mac 2016

Sumber: Murai

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top