Gua Musang: Tiga beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan lori muatan balak di Kilometer (KM) 48 Jalan Gua Musang-Kuala Krai petang semalam.
Dalam kejadiam 6.45 petang itu, Faizah Mohd Nor, 28, dan anaknya Muhd Firas Ziyad Mohd Zahiruddin maut ditempat kejadian.
Pemandu kereta Perodua Viva yang juga suami Faizah, Mohamad Zahiruddin Hadi, 26, menghembuskan nafas terakhir jam 8.30 pagi ini ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang.
Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian kereta mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.
“Mangsa kemudian membalas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan sebelah kanan lori balak.
“Penumpang hadapan dan anaknya maut di lokasi kejadian manakala suaminya meninggal dunia di HGM.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-HM
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih