KAJANG Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dilaporkan telah diberi parol pada 29 Mac selepas selesai menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang di sini.
Menurut laporan sebuah portal tempatan, permohonan bekas pemimpin kerajaan negeri tersebut diluluskan secara rasmi oleh Lembaga Parol selepas mereka mengadakan mesyuarat pada pagi Selasa.
Melalui sistem parol, Mohamad Khir yang sepatutnya menjalani hukuman penjara lebih lama sebagaimana yang diputuskan oleh pihak mahkamah sebelum dibebaskan lebih awal oleh ahli lembaga tersebut.
Beliau dibenarkan berada bersama-sama ahli keluarganya dengan pemantauan oleh pihak penjara serta menjalani aktiviti kehidupan harian seperti biasa, menurut laporan portal berkenaan.
Mohamad Khir didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk diri dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.
Bekas ADUN Sungai Panjang itu kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan selepas secara muktamad didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.
Hukuman dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.Mengikut fakta kes, Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga.
Ia melibatkan dua lot tanah dan sebuah rumah jenis banglo di No.8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah mewah tersebut yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga hanya RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga sebanyak RM6.5 juta.
Kes dialami beliau, seorang doktor gigi, kini menyerupai skandal banglo murah yang dibeli Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Gua Eng di Jalan Pinhorn, George Town daripada pemiliknya Phang Li Koon pada tahun lalu.
Pendedahan kes kontroversi Setiausaha Agung DAP itu dipertahankan beberapa pemimpin parti itu dengan pelbagai alasan bodoh termasuk konon sebab feng shui dan Guan Eng ialah akauntan. Mynewshub.cc
Baca: Akauntan Tak Tahu Harga Banglo! Habis Tu Khir Doktor Gigi?
Lagi: Malang Rakyat Penang Dapat KM LGE Jahil Matematik
Juga: Feng Shui Banglo Talak Ong Alasan Bodoh DAP!
Komen
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih