Pelakon yang semakin meningkat naik, Dayana Roza menolak dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya sanggup membuat pembedahan wajah demi kelihatan seperti pelakon wanita terkenal, Scha Al-Yahya.
BACA: Scha al-Yahya Minta Peminat Jangan Bandingkan Lara, Aaisyah
Bagi saya itu bukan masalah besar pun, banyak artis yang mempunyai iras-iras wajah dengan selebriti lain. Saya tak pernah buat pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan sama dengan Scha. Lagipun, saya memang kasar
Saya tidak pernah cuba meniru siapa-siapa. Mungkin di mata orang ramai, ada iras-iras Scha tapi sebenarnya, saya tak nampak persamaannya. Sejak dulu pun orang dah cakap, tapi itulah saya tak nampak apa yang seirasnya kami, katanya kepada Utusan Online berkenaan perkara yang timbul.
Walaupun sudah berkecimpung didalam bidang lakonan selama tujuh tahun, Dayana tidak pernah sesekali mengeluh dan mempersoalkan rezeki yang diperolehinya, malah terus berusaha untuk mengukuhkan namanya.
Sebelum ini, Dayana yang dikenali melalui filem Zombi Kilang Biskut mengakui sejak namanya dikenali ramai, beliau amat menjaga tindak tanduknya apabila setiap kali keluar rumah. Malah, tambahnya lagi, jika keluar dengan muka yang tidak bersiap pun, pasti akan ada yang mengenalinya. (rkty/w)
SUMBER
Utusan Online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih