Contact Us

Name

Email *

Message *

Doktor disaman RM4juta kerana tumbuk pesakit hingga mati

Doktor disaman RM4juta kerana tumbuk pesakit hingga mati

TUMBUK%2BPESAKIT.jpg

Seorang doktor di BELGOROD – RUSIA yang menumbuk seorang pesakit dan menyebabkan mangsa maut disaman sebanyak 750,000 pound (RM4 juta) oleh keluarga mangsa.

Menurut laporan Dailymail UK, Dr Ilya Zelendinov, 32, kini sedang menjalani hukuman penjara 9 tahun selepas menumbuk Yevgniy Vakhtin.

Isteri Yevgniy, Inna Sergeeva anak perempuannya Tatiana Gridneva membuat keputusan untuk menyaman kerana ‘kebiadapan pihak hospital’.

“Tak ada seorang pun dari pihak pengurusan hospital meminta maaf ke atas kejadian tersebut,” kata peguam, Aleksandr Shpay.

Dalam kejadian 29 Disember lepas tersebut, Yevgniy dihantar ke hospital kerana mengalami pendarahan di dalam perut.

Yevgniy yang mabuk ketika kejadian telah dituduh memegang dan menendang jururawat sebelum ditumbuk oleh Dr Ilya.

-sinarharian

Sumber: myberitahot

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih




Back To Top