#Berikut adalah beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh wanita di Malaysia antara penyumbang wajah mereka kelihatan tua sebelum usia
[:]SUKA TIDUR DENGAN MEKAP
#Keterujaan kelihatan cantik disebalik pemakaian mekap tambahan pula kecantikan itu mendapat pujian ramai, ada yang sanggup tidak mencuci mekap dan membiarkan sampai tertidur
#Kesannya akan membuatkan wajah tampak kusam dan kering dengan mekap. Wajah kusam dan kering adalah faktor yang akan membuat wajah kelihatan tua
#Sehabis malas pun, sampai rumah terus ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap, semuanya hanya ambil 10 minit sahaja, daripada membiarkan wajah cantik yang mendapat pujian itu dengan kotoran mekap
[:]KERAP SANGAT CUCI MUKA DALAM SEHARI
#Ramai yang beranggapan setiap kali ada masalah kulit pasti kena cuci muka, tambahan pula rasa geram timbul dengan melihat keadaan di muka lalu terus cuci muka beberapa kali dalam sehari
#Tahukah? kesan ini akan membuatkan lebih pengelupasan mampu merengsa kulit dan turut membuat liang menghasilkan lebih banyak minyak yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap
[:]SUKA IKAT PONYTAIL TERLALU KETAT
#Tahukah, dengan mengikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut tidak sihat dan boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, elakkan ikat rambut terlalu ketat bagi tiada masalah rambut yang berlaku. Masalah rambut juga penyumbang wajah kelihatan tua
[:]TAHU MAKAN APA SAJA
#Kurangkan makan makanan yang bewarna terang atau berjiwa garang seperti buah tomato, daging lembu dan daging ayam
#Banyakkan makan makanan yang ada jiwa yang lembut seperti sayuran hijau dan daging ikan. Memakan makanan yang ada jiwa yang lembut akan meningkatkan lagi seri wajah
[:]SUKA MENGUMPAT, BUKA AIB ORANG DAN MARAH
#Ini adalah sikap yang negatif iaitu cepat marah, suka mengumpat, suka mengata, suka bercakap sesuatu yang sia – sia dan suka membazir. Seri pada wajah yang dikurniakanNya itu akan ditarik balik
Jom sebarkan bahagia. ^_^