Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Doa ini baik diamalkan selepas setiap kali solat. Bacalah sekali sekurang2nya atau lebih. Doa ini, In Sha Allah dapat menghalangkan sihir yg dihantar kepada kita dgn bertujuan menganiayai diri kita supaya mendapat musibah kerana cemburu, hasad dengki. Semoga apa yang saya kongsikan ini menjadi amalan harian setiap kali selepas solat.
Innee tawakkaltu AAala Allahirabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhithunbinasiyatiha inna rabbee AAala siratinmustaqeem
Terjemahannya.
"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Surah Hud Ayat 56).
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.