Cara-Cara Yang Betul Untuk Membuat Kek Tiramisu Dengan Mudah
Bahan-bahan yang diperlukan untuk kek span (Tiramisu) :
- 3 biji telur ayam
- 3/4 cawan gula kastard
- 1 cawan tepung
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 50 gram mentega dicairkan
- Secubit garam
Bahan untuk krim Kek Tiramisu :
- 1 liter krim putar
- 50 gram keju Mascerpon
- 50 gram gula
- 3 biji kuning telur
Cara-cara membuat kek span
- Pukul telur bersama garam. Tambahkan sedikit gula dan pukul hingga pekat.
- Selepas itu, masukkan tepung bersama serbuk penaik ke dalam adunan telur tadi dan pukul sampai sebati.
- Masukkan pula mentega dan pukul lagi.
- Kemudian, tuangkan bahan tadi ke dalam acuan kek bersaiz 20cm.(bekas bulat). Bakar adunan tadi dalam ketuhar pada suhu 190 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit.
Cara-cara membuat krim untuk tiramisu
- Pukul campuran bahan krim putar bersama gula hingga pekat dan kembang. Ketepikan.
- Kemudian pukul pula telur kuning dengan keju Mascerpon hingga sebati.
- Selepas itu campurkan kedua-dua bahan tadi (krim putar dan keju) dan kacau sebati. Ketepikan.
- Potong nipis kek span yang telah dimasak tadi kemudian susun ke dalam acuan bulat bersaiz 20cm.
- Buat lapisan demi lapisan hingga akhir dan selang seli ia dengan krim putar.
- Selepas itu masukkan ke dalam peti ais dan sedia dihidangkan.
Jangan lengah2.. jom sama2 kita buat kek.. hehe..
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.