Contact Us

Name

Email *

Message *

6 Jenis Makanan Yang Membuatkan Jerawat Anda Tumbuh Banyak

6 Jenis Makanan Yang Membuatkan Jerawat Anda Tumbuh Banyak



Disini sis ada senaraikan beberapa jenis makanan penyebab jerawat yang patut uolsss tahu.. Jom kita baca & kurangkan makanan berikut :


1. Mee Segera

  • Tentu ramai yang menyukai makanan penyebab jerawat yang 1 ini. Selain mengandungi bahan pengawet, mee segera juga mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak & bahan pengawet sukar dihadamkan tubuh & ia boleh menimbun di seluruh bahagian tubuh, termasuk muka yg menyebabkan munculnya jerawat.



2. Kacang-Kacangan

  • Walaupun ternyata kacang bukan menjadi penyebab utama jerawat, namun uolsss perlu tahu pengambilan kacang-kacangan yg berlebihan akan merbahaya kan diri. Kacang mengandungi lemak yg dapat menimbulkan kulit berminyak secara berlebihan yg mana pada akhirnya boleh membuatkan jerawat tumbuh di muka.



3. Donat

  • Donat juga termasuk dalam kategori makanan penyebab jerawat. Donat dikatakan boleh menyebabkan jerawat kerana ia melewati proses pengorengan & banyak menyerap minyak. Minyak yg terserap dalam donatlah yg menyebabkan jerawat semakin menjadi-jadi tumbuh di muka.



4. Kafien

  • Kafien terdapat pada coklat,teh(hitam dan hijau), minuman bergas, minuman bertenaga dan ubat penahan sakit.Kafien mengundang kelenjar adrenalin untuk mengeluarkan hormon yang berkaitan dengan stress. Jerawat boleh terjadi disebabkan stress, selain itu kafien juga boleh menganggu pola tidur anda sehingga memperburukkan lagi masalah jerawat uolsss.



5. Makanan Tinggi Karbohidrat

  • Tubuh manusia memerlukan glukos dalam jumlah tertentu agar ia dapat berfungsi dengan baik. Ketika uolsss makan karbohidrat lebih daripada diperlukan oleh tubuh, jadi masalah kesihatan seperti diabetes & jerawat boleh muncul. Makanan penyebab jerawat yg tinggi karbohidratnya adalah, beras putih, pasta dan roti putih.



6. Makanan Pedas

  • Pengambilan makanan pedas yang berlebihan bukan sahaja boleh merosakkan sistem penghadaman. Saluran penghadaman akan terganggu dan menimbulkan jerawat pada kulit. Makanan pedas juga akan meningkatkan perjalanan darah ke wajah, yang boleh membuatkan wajah anda menjadi kemerahan. Uolsss yang mengalami masalah jerawat perlu kurangkan pengambilan makanan pedas & melakukan rawatan yang sesuai..


Sekian sahaja yang dapat sis kongsikan, jangan lupa untuk share


Back To Top