Contact Us

Name

Email *

Message *

10 Petua Mudah Untuk Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

10 Petua Mudah Untuk Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata


10 Petua Mudah Untuk Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

{*}1. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur. 

{*}2. Perbanyakan makan makanan seperti pisang, kismis, kubis dan jus.

{*}3. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati. 

{*}4. Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur. 

{*}5. Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur. 

{*}6. Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya. 

{*}7. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur. 

{*}8. Kurangkan pengambilan garam berlebihan. 

{*}9. Letakkan 2 sudu logam di dalam peti sejuk dan gunakannya setiap hari dengan meletakkan belakang sudu pada mata. 

{*}10. Celup kapas kedalam susu dan sapukan pada bahagian mata. Biar selama 20-35 minit, kemudian bilas dengan air putih.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share




Back To Top