Artikal kali ni saya nak share sedikit macam mana kita nak mengenali seorang lelaki yang baik.. di bawah ini saya ada sediakan cara-cara untuk mengenali lelaki yang baik.. jom kita baca sama2..
#Pertama :
- Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan uolsss, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.
#Kedua :
- Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.
#Ketiga :
- Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.
#Keempat :
- Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.
#Kelima :
- Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.
#Keenam :
- Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.
#Ketujuh :
- Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.
#Kelapan :
- Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.
#Kesembilan :
- Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.
#Kesepuluh :
- Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share