Petua Menghilangkan Rasa Pahit Pada Peria
(*)Walaupun peria rasanya pahit ia sangat bagus sebagai pencegah penyakit kencing manis dan bagus dimakan oleh mereka yang mempunyai darah tinggi juga. Kalau nak memasak peria jangan risau dengan rasanya yang pahit. Tentu ramai yang sudah tahu bagaimana nak hilangkan rasa pahit pada peria.
(*)Untuk hilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus selama 25 minit. Sejatkan/toskan peria dan masaklah peria ikut resipi kesukaan korang.
(*)Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share