Contact Us

Name

Email *

Message *

Tip Atasi Stres Di Pejabat

Tip Atasi Stres Di Pejabat

Tip Atasi Stres Di Pejabat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


~ Tip Atasi Stres Di Pejabat & Belajar mengawal tekanan. ~

*** Setiap orang tidak dapat lari daripada menghadapi tekanan di tempat kerja. Namun kita berupaya untuk mengawal emosi tersebut agar tidak menjadi lebih teruk dan mengganggu kosentrasi. 10 tip ini mungkin membantu anda agar bijak mengawal stres dalam pekerjaan. ***

*1- Cari punca stres
  • Pertama sekali, cuba kenal pasti apa sebenarnya yang telah menyebabkan ada berasa stres di pejabat. Adakah kerana ketua anda, rakan-rakan sekerja, tugasan atau persekitaran? Setelah mengenal pasti punca, lebih mudah untuk anda fokus kepada solusi.

*2- Berehat sebentar 
  • Ambil 5-10 minit untuk merehatkan minda anda. Seboleh-bolehnya keluar dari pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15 minit pada waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu! 


*3- Tarik nafas dalam-dalam
  • Pejamkan mata dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Ia dapat  membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek. 


*4- Berbincang dengan rakan
  • Masalah tidak akan selesai jika anda mendiamkan diri, merajuk dan membawa diri. Luahkan stres yang anda hadapi kepada rakan sekerja atau sahabat yang boleh dipercayai. Mungkin ada idea atau pendapat menarik daripadanya yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat.


*5- Buat aktiviti menarik semasa cuti
  • Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan dibawa masalah itu ke rumah dan memberi kesan dalam perhubungan anda dengan ahli keluarga lain. Lupakan hal tersebut, lakukan aktiviti kegemaran anda bersama insan tersayang.


*6- Layari laman web anti-stres
  • Terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stres di pejabat contohnya menonton video humor. Ia sedikit sebanyak bagaikan ‘pil penenang’ kepada anda. 


*7- Bersukan
  • Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda. 


*8- Ketawa  dan senyum
  • memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stres. Tetapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang boleh membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.


*9- Menu Makan Berkhasiat
  • Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Makanan seperti ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stres.


*10-  Cari pekerjaan lain
  • Jika anda tidak gembira dengan pekerjaan anda sekarang, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di pejabat yang ada sekarang.


Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah =)




Back To Top