Udang Goreng Telur Masin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Dah sediakan udang, dah sediakan telur masin. Jom cuba resepi resepi udang goreng telur masin.
BAHAN-BAHAN
- – 2 biji telur masin – kacau sebati kuning telur sahaja
- – 2 biji telur – kuning telur dicampur kuning telur masin
- – 8 ekor udang – buang kepala & digoreng
- – 1 kiub pati ayam
- – 5 gram mentega
- – 1 sudu gula
- – minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARA-CARA
~1. Panaskan minyak, goreng udang hingga garing. Ketepikan.
~2. Masukkan mentega ke dalam kuali lain dan kacau hingga cair. Masukkan kuning telur yang telah dikacau sebati.
~3. Kemudian masukkan udang harimau, kiub pati ayam, gula. Kacau hingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan. ^_^
SEKIAN SAHAJA SAYA DAPAT KONGSIKAN
JOM CUBA & SHARE.