Bahan-Bahannya Ialah
** 1/2 kilo sotong sederhana besar dibersihkan dan gaulkan sedikit garam dan kunyit.
** 3 biji kentang di rebus dan di lecek
** sedikit bawang goreng
** 1/2 biji bawang besar dadu
**mix vegetable secukupnya
**garam gula secukup rasa
**sedikit minyak utk menumis
Cara-caranya
#1. Tumiskan bawang besar sehingga wangi dan garing masukkan mix vege tadi.
#2. Masaklah sehingga lembut sayuran nya.
#3. Tambahkan dengan garam dan sedikit gula, tutup api.
#4. Bahan tumis tadi di gaulkan dengan kentang lenyek dan sedikit bawang goreng.
#5. Gaul rata, bila dah cukup rasa sumbatlah dalam sotong biar penuh.
#6. Cantumkan kepala sotong tadi dengan lidi.
#7. Panaskan pemanggang ajaib dan panggang lah sehingga masak.
#8. Sedia untuk di hidangkan bersama nasi atau di ratah begitu saja.
SELAMAT MENCUBA