Contact Us

Name

Email *

Message *

Kaedah Mengesan jin didalam badan

Kaedah Mengesan jin didalam badan

Kaedah Mengesan jin didalam badan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


1. Kaedah Mengesan jin didalam badan

Ini adalah kaedah awal yang boleh kita lakukan untuk mengesan jin yang bersembunyi didalam badan. Ianya mudah dan kita boleh lakukan sendiri:
  • Membaca Fatihah sebanyak 1 kali.
  • Niat & berdoa meminta Allah agar diberi petunjuk.
  • Baca Ayatul Kursi sebanyak 33 kali ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)

Antara petanda terdapat jin yang bersembunyi didalam badan kita adalah:
  • Hati berdebar-debar
  • Lupa bacaan.. tersasul… terhenti secara mendadak
  • Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
  • Rasa mual & nak muntah
  • sakit perut secara tiba-tiba
  • terasa pergerakan didalam badan.
  • Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
  • jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu

2. Membaca Ayat Rukyah

Ruqyah secara amnya ialah bermaksud jampi-jampi atau mentera .

Ruqyah secara syari’e (Ruqyah Syari’ah) ialah jampi -jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.

Antara ayat rukyah adalah:
1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah Ayat 1-5
3. Al-Baqarah Ayat 102
4. Al-Baqarah Ayat 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
6. Al-Baqarah Ayat 285-286
7. Ali-Imran Ayat 18-19
8. Al-’Araf Ayat 54-56
9. Al-’Araf Ayat 117-122
10. Yunus Ayat 81-82
12. Toha Ayat 69
12. Al-Mukminun Ayat 115-118
13. As-Soffaat Ayat 1-10
14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
15. Ar-Rahman Ayat 33-36
16. Al-Hasyr Ayat 21-24
17. Al-Jin Ayat 1-9
18. Al-Ikhlas
19. Al-Falaq
20. An-Naas
3. Berjumpa dengan Ustaz / Pengamal Perubatan Islam Yang Pakar
Berjumpalah dengan Ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk merawatnya secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih teruk. InsyaaAllah mereka yang pakar dan lebih alim akan boleh membantu kita mengesahkan dan merawat gangguan tersebut.


SEKIRANYA ADA KESALAHAN MOHON PERBETULKAN SAYA.
INN SHAA ALLAH SAYA AKAN PERBAIKI MANA YANG SALAH.
JOM SHARE, SEMOGA MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.






Back To Top