Pantang larang dalam hubungan suami isteri
Assalamualaikum uollssss..
Apabila sudah berumah tangga sebagai suami isteri, anda mungkin terlepas pandang pantang larang yang sepatutnya anda elak dari melakukannya.
Dibawah adalah enam pantang larang yang harus anda ketahui dalam hubungan suami isteri.
1 ~ Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. ~
2 ~ Hindar meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati. ~
3 ~ Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya. ~
4 ~ Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. ~
5 ~ Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid. ~
6 ~ Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa. ~
Nampak simple kan? Tetapi sebab simple tu lah ramai orang yang terlepas pandang.
Jadi dengan adanya perkongsian ini, dapatlah saya, korang dan pasangan sama-sama memperbaiki kekurangan dan kelemahan masing-masing.
Jom share..
Semoga ianya akan dapat berikan manfaat dalam perhubungan kita sebagai suami isteri.