:@:Ramai daripada kita yang kerap pulang ke rumah pada waktu malam seperti burung hantu atau kelawar yang terang matanya sebaik saja tirai malam berlabuh.Tidak kiralah sama ada kita pulang dari tempat kerja, dari membeli-belah, jumpa kawan atau saudara-mara, pulang ke rumah pada waktu malam memang menjadi perkara biasa. sekitaran di bandar raya memang terang-benderang. Justeru, pulang ke rumah sehingga lewat malam tetap tidak membimbangkan.
:@:Dan apabila pulang ke rumah, takkanlah kita nak terus duduk dekat-dekat dengan anggota keluarga dan makan bersama kan? menonton televisyen atau lebih teruk lagi, terus melompat ke katil dan tidur sebelum mandi?
:@:Tentulah badan berbau busuk, hangat, melekit dan kotor kerana sehari suntuk dihembusi habuk-habuk di sekitaran.
:@:Tetapi, ada orang-orang tua kita yang berkata mandi malam tidak baik untuk kesihatan.
:@:“Nanti kau senang dapat sakit paru-paru. Tulang pun cepat reput,” demikian antara ‘amaran’ mereka.
:@:Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat beberapa lagi kepercayaan sedemikian.
:@:Ia termasuk, jangan minum air batu selalu atau tidur di atas lantai simen kerana, seperti mandi malam, ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang dan menyebabkan sakit sendi atau reumatisme.
:@:Ada pula kepercayaan dalam masyarakat kita yang melarang seseorang itu membiarkan dirinya terkena hujan – takut demam, selesema atau badan ‘masuk angin’. Dan, jangan biarkan diri dibelenggu stres, nanti rambut cepat beruban.
:@:Semua kepercayaan ini memanglah tidak berasas dari segi kesihatan, meskipun ia mempunyai kesan-kesan negatif yang lain.
:@:Misalnya, kalau kita biarkan diri mandi hujan, tentulah badan terasa sejuk dan kurang selesa, tetapi tidak semestinya ia membawa demam.
:@:Rambut beruban pula dipengaruhi oleh faktor usia dan jika ia beruban lebih awal daripada tempoh biasanya, lazimnya ia disebabkan oleh faktor baka pula.
:@:Bagaimanapun, kepercayaan mengenai ‘jangan mandi malam, jangan banyak minum air batu, dan jangan tidur atas lantai simen (atau seramik, batu marmar)’ walaupun beralas tikar, itu memang perlu diperbetulkan, terutama kaitannya dengan penyakit paru-paru.
:@:Sehubungan itu, Dr Radiah Salim dari Poliklinik Yishun di Singapura telah memberikan penjelasannya.