Contact Us

Name

Email *

Message *

Resepi Roti John Istimewa

Resepi Roti John Istimewa

roti-john

Resepi Roti John Istimewa

Bahan-Bahan:

Roti panjang
100gm daging cencang
2 ulas bawang merah | dihiris halus
1 biji telur | dipukul
20gm kobis | dihiris halus
20gm lobak merah | dihiris halus
10gm mayones
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari
Sedikit sos cili
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Di dalam sebuah bekas, campurkan lobak merah dan kobis yang telah dihiris bersama mayones, sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Ketepikan.

2. Kemudian, di dalam kuali tumis bawang merah hingga naik bau. Masukkan daging cencang dan kacau sebentar.

3. Selepas itu, masukkan serbuk lada hitam dan serbuk kari dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.

4. Kemudian, pecahkan telur di atas kuali, dan letakkan inti daging tadi. Letakkan roti di atas inti tadi dan pastikan ia melekat.

5. Angkat roti, dan letakkan kobis bermayones dan sos cili pada roti ‘john’. Sedia dinikmati.


Back To Top